Reformis Tulin

Reformis Tulin

Monday, October 28, 2013

Kalau nak bercakap pasal keadilan












Mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin Mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya Buat pertama kalinya saya terpaksa akur dan menumpang setuju dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan Islam. Asas bantahan seorang individu bernama “Saravanan” bahawa sekolah bukan tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada penyembelihan haiwan. Memikir “out of the box” (tidak seperti beberapa pemimpin politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan (dalam facebooknya): 


"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat. "Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu. "Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," Nah sekarang bagaimana? Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan orang dewasa kepada “ritual” yang lebih menakut dan menyeramkan termasuklah menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA bagaimana? Kita larang juga? Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan “ritual” antara berbeza agama dan fahaman dalam Negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk bersengketa dan bertekak dalam bab ini. Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun lalu. Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas dan melalui kampung-kampung Melayu. 

Kita terima dan hormati, tiada bantahan. Begitu juga upacar-upacara “ritual” masyarakat Buddha dan bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya “Hungry Ghost Festival” ,acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar, menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan “ritual” berkenaan. Tiada pula bantahan yang didengar. Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. 

Tidak ada lagi kita dengar bantahan dan protes. Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi, asyik nak bertekak dan bersengketa termasuklah dalam bab-bab yang telah diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita selaraskan semua sekali. Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung “Christ” dihadkan di gereja sahaja, “Hungry Ghost Festival” pula dipremis tokong sahaja, bagaimana? Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa harus kita ganggu “status quo” amalan pelbagai agama dalam Negara kita. Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina Negara yang bersatu padu, aman dan muhibbah, bukankah baik begitu. 

Anda bagaimana?

Friday, October 11, 2013

Apa lagi Najis Bahalol mau?



 
Berita Rosmah Mansor meraung sambil hentak-hentak kaki kerana tak dapat bergambar dengan Michelle Obama adalah tidak benar. Berita tentang seorang pereka fesyen Malaysia ‘melesapkan diri' kerana tak sanggup membuat baju berenda-renda adalah berita benar. Berita Rosmah mahu dilihat cun ketika menyambut Presiden Barack Hussein Obama adalah berita benar. Tapi semua ini hanya berita gosip. Kehidupan ummah akan menjadi lebih afdal jika tidak mengetahui berita-berita gosip ini.

Yang ditulis ini bukan berita gosip. Tetiba semuanya berubah. Barack Hussein Obama yang menjadi budak suruhan kaum pemodal multinasional membatalkan lawatan ke Kuala Lumpur. Kenapa lawatan ini dibatal adalah satu kesah yang lain. Apa yang penting untuk warga Malaysia ketahui ialah apa lagi Obama mau?

Biar saya terangkan fakta sebenarnya di sini. Antara Najib dan Obama, yang lebih gian hendak bertemu ialah Najib. Najib Razak lebih memerlukan Obama. Obama tak ambil pot sama ada Air Force One mendarat di Kuala Lumpur atau di Kuala Kerai. Saya yakin, apa yang pembaca ingin tahu ialah apa di sebalik rancangan lawatan yang telah gagal ini.

Justeru untuk pemahaman awal - adalah salah untuk bertanya apa lagi Obama mau. Soalan yang tepat - persoalan hakiki untuk kurun ini ialah apa Najib nau dari Obama?.

Orang ramai telah difahamkan para pelobi Malaysia di Washington DC telah mengeluarkan berkepok-kepok dana melobi Rumah Putih agar Obama singgah ke KL. Datuk Seri Raba Raba Bontot telah lama merancang untuk membawa Presiden Amerika ke Malaysia. Datuk ini telah berpeluh-peluh memakai tanjak dan kain sampin ketika bertemu dengan Obama dengan harapan Obama tidak akan melupakan mukanya.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Saya tidak bertujuan menabur fitnah. Apa yang saya tulis ini adalah fakta. Semua ini adalah fakta yang berasaskan data sejarah.

Para pembaca jangan lupa bagaimana anak Iskandar Kutty pada sidang akhbar 17 Jun 2005 dahulu telah mengakui bagaimana Malaysia telah membayar Jack Abramoff 1.5 juta dolar Amerika. Jack Abramoff ini seorang pelobi profesional di Washington DC. Si Jack ini telah dibayar 4juta ringgit Malaysia agar Mahathir Muhamad dapat bergambar dengan George Bush pada tahun 2002.

Atas kejayaan pelobi Abramoff, anak Iskandar Kutty telah berbasa basi dengan George W Bush selama 15 minit. Yang menjadi lawak ialah si George ini bukan cerdik sangat. George Bush tidak pun tahu siapa sebenarnya yang duduk di sebelahnya. Ini kerana dalam satu hari ada berbelas-belas presiden, perdana menteri, pemimpin dunia - yang hitam dan yang legam telah datang ke Rumah Putih. Semua datang untuk menyembah salam. Justeru Mahathir Muhamad perdana menteri Malaysia atau Jeo Muhamad peninju dari New York, untuk George Bush semuanya adalah sama.

Sesudah 15 minit berbasa basi lalu gambar diambil. Inilah gambar termahal, lebih mahal dari potret Mona Lisa - 4 juta ringgit untuk bergambar dengan George Bush. Waspada! Gambar inilah yang diburu oleh anak Iskandar Kutty. Gambar inilah yang dimimpi-mimpikan oleh Najib dan Rosmah?Kenapa bergambar dengan presiden Amerika ini menjadi begitu penting?

Mari kita kembali membuka sejarah. Anwar telah ditendang dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Gerakan Reformasi dan demonstrasi jalan raya mengampuh sebaik saja Anwar ditahan. Politik Malaysia mula berubah. Demonstrasi berterusan menuntut Mahathir Muhamad berundur. Dengan sekelip mata - Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan kucing kurap.

Apa yang berlaku di Kuala Lumpur di zaman itu dilihat rapi oleh empayar Amerika. Mahathir yang menendang Anwar dilihat oleh kuasa dunia ini sebagai orang jahat. Kongres Amerika telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan Mahathir Muhamad. Kawan-kawan Anwar di Washington DC - termasuk Paul Wolfowitz - telah berjaya meminggirkan anak Iskandar Kutty di medan politik dunia.

Ketika inilah Mahathir Muhamad mula sesak nafas. Maka tidak dapat tidak imej buruk ini wajib dibetulkan. Mahathir Muhamad walau pun beretorik anti-Amerika tetapi dia sedar jika Amerika tidak memberikan sokongan maka parti United Malays National Organisation dan dirinya sendiri akan masuk ke dalam tong sampah sejarah. Justeru, bergambar dengan George Bush adalah jalan terbaik. Inilah yang berlaku. Berlabon kosong walau pun 15 minit pasti akan menaikkan ekor Mahathir yang semakin kuncup.

Najib Razak juga dalam situasi yang sama. Malah kes Najib ini lebih berat lagi berbanding dengan kes Mahathir. Pemimpin-pemimpian politik sedunia tahu akan kes bunuh Altantuya yang mana Najib sering dikaitkan sama. Malah berita Najib Razak akan disepina oleh Hakim Mahkamah Paris telah menjadi berita dunia. Hanya menunggu masa bila sepina ini akan dihantarkan kepada Najib. Ini bukan fitnah. Ini fakta.

Najib kini sesak nafas. Najib sesak nafas kerana sokongan dalam parti United Malays National Organisation kepada dirinya semakin kureng. Ahli-ahli parti United Malays National Organisation telah jelak melihat Najib dan Rosmah memusnahkan sokongan rakyat. Suara-suara lantang menentang Najib semakin selalu didengar. Malah ada ahli-ahli parti United Malays National Organisation telah mula berani mengutuk Najib - presiden parti - secara terbuka.

Gulungan ektrimis kanan seperti Perkasa dengan senang hati telah telah membocorkan pandangan Mahathir terhadap Najib. Anak Iskandar Kutty ini secara senyap-senyap dan secara terang-terang telah mempertikaikan banyak dasar Najib Razak. Malah Najib telah dijadikan bahan lawak oleh Mahathir Muhamad. Jelas, tekanan terhadap pentabiran Najib datang dari pelbagai sudut. Datang bertalu-talu.

Dengan latar belakang ini maka lawatan Barack Hussein Obama ke KL menjadi penting sekali. Lihat bagaimana cikainya parti United Malays National Organisation. Sebuah parti politik yang berfalsafahkan Ketuanan Melayu tetiba sanggup menangguhkan mesyuarat mereka kerana hendak menyambut Obama. Jelas Najib Razak sedang sesak nafas sanggup menghina parti dan dirinya sendiri.

Tidak terlintaskah dalam akal Najib yang pendek itu - apakah Obama akan membatalkan jamuan ‘makan malam hari jadi Michelle' di Washinton DC ketika Najib melawat Washington. Jika mengikut logik parti United Malays National Organisation, Rumah Putih akan tutup kedai kerana tiap minggu ada sahaja PM, presiden atau ketua negara yang datang melawat Washington DC. Inilah contoh dan sifat ‘anjing berlari - running dogs' pemimpin dari negara Dunia Ketiga.

Najib telah lama merancang dan berangan-angan. Rosmah juga telah berjoging. Najib berkhayal dengan hadirnya Obama di KL maka sahamnya akan melonjak naik di dewan PWTC. Di Perhimpunan Agung nanti Najib berharap akan mendapat tepukan gemuruh sesudah ahli-ahli parti melihat Najib dan Rosmah bergambar dengan Obama.

Sebenarnya apa yang sedang dirancang dan dilakukan oleh Najib ini telah pernah dilakukan oleh Harun Idris pada tahun 1975. Harun Idris - yang digelar Hero Melayu 13 Mei - telah merancang untuk membawa Muhamad Ali Clay bertumbuk dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tarikh yang dipilih untuk bertumbuk ialah pada minggu di mana United Malays National Organisation sedang bersidang di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Idris yang juga menteri besar Selangor memiliki nafsu besar untuk menjadi perdana menteri justeru dia wajib memenangi kerusi naib presiden parti. Maka ketika ahli-ahli parti sedang bersidang, Harun Idris telah masuk ke dewan persidangan dengan Muhamad Ali Clay. Semua dilakukan dengan harapan saham akan melonjak naik.

Kempen Harun Idris itu gagal meleset. Malah akhirnya MB Selangor ini telah ditangkap oleh Hussein Onn kerana terlibat dalam satu kes penipuan duit bank. Kalau Harun Idris berakhir dalam Penjara Pudu - besar kemungkinan Najib Razak juga akan berakhir di La Sante Prison a Paris!

Bagaimana Najib mengotek-otek Obama hingga makan umpan? Jawabnya cukup senang. Selain dari Datuk Seri Raba Rab Bontot melobi di Washington DC - Najib yang secara terbuka telah bersetuju untuk membuka Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa. Najib bersedia untuk menandatangani TPPA. Memang betul hari ini Najib berkata Malaysia tidak akan menanda tangani perjanjian ini. Ini cakap Najib yang tidak ada siapa pun percaya.

Betulkah fakta ini? Ini menjadi fakta apabila kita fahami ucapan Najib di hadapan ahli-ahli Council For Foreign Relations. Najib bersedia untuk ‘mengangkang' ops... untuk membuka pasaran Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa. Hanya Utusan yang melaporkan tentang ucapan Najib di PBB sebagai mantera Najib untuk dunia. Hakiktnya CFR tidak ambil tentang Najib. Kehadiran Najib itu ialah untuk dinilaikan apakah ini layak disokong atau patut dihumbankan.

Najib juga sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak mendapat sokongan rakyat. Undi popular terbukti ada dalam tangan Pakatan Rakyat. Dengan undi awal, undi tipu, undi hantu dan penipuan sistem pilihan raya - kerajaan United Malays National Organisation hanya berjaya mendapat 47 peratus undi popular. Justeru Najib Razak sedar tanpa penipuan dia telah pasti akan didakwa dalam kes Altantuya.

Kes ini jugalah yang sedang digunakan oleh Amerika untuk memeras ugut Najib. Najib akan sedia tunduk kepada kepentingan Amerika. Najib ingin menjadi budak suruhan Amerika yang setia bukan macam anak Iskandar Kutty yang agak degil. Justeru Apa lagi Najib mahu dari Obama? Najib sedang minta nyawa.
 
Oleh   "    Hishamuddin Rais

Wednesday, October 9, 2013

LEE KUAN YEW

Mengapa LEE KUAN YEW Suka UMNO Menang PRU 13 biarPun UMNO menang 100 Tahun Lagi.. dan Mengapa LEE KUAN YEW TIDAK SUKA ANWAR jadi PM? kerana Ketika ANWAR Jadi Menteri Kewangan Ekonomi dan Matawang Malaysia Mengatasi Singapore dan Negara Asian yg Lain..
Mengapa LEE KUAN YEW Mahu UMNO Terus Berkuasa?? Ini Jawapanya..


1. Kerana UMNO Negara Singapore Tergadai Pade Lee Kuan Yee
2. Kerana UMNO Pulau Batu Putih Tergadai Pade Singapore
3. Kerana UMNO air terus dijual 3sen Seribu Gelen pade Lee Kuan yew
4. Kerana UMNO , Malaysia Takut Roboh Tambak Johor.
5. Kerana UMNO, Habis Teradai Tanah KTMB Tanjong Pagar
6. Kerana UMNO Habis Tanah Melayu Johor digadai Pade Singapore
7. Kerana UMNO Wilayah Iskandar akan jadi Wilayah Singapore
8. Kerana UMNO Ekonomi Singapura akan Terus Mengatasi Malaysia
9. Kerana UMNO Syarikat Malaysia akan terus dikuasai Singapore
10. Kerana UMNO Matawang Malaysia akan Terus Jatuh dan Warga Singapore Akan Sentiasa Membeli Belah Hartanah, Saham dan Barangan Keperluan dgn Harga yg Murah di malaysia.

LEE KUAN YEW Sentiasa Berdoa UMNO akan Terus Memerintah malaysia..

Dunia nak terbalik. malaysia nak tertonggeng...

Sifu Tuah....

Seorang lelaki cina Yang jamil gelar Sifu Tuah membuka beberapa buah perniagaan dan salah satunya adalah pusat urut kaki , dan kebanyakan pekerjanya ialah orang mynmar , vietnam, thai, ini kerana orang malaysia terlampau berlagak tak sedar diri. lebih sanggup merempat atau meminta sedekah dari memegang kaki orang , jadi Sifu Tuah terpaksa mengaji orang luar negara yg mungkin ada yg masuk secara haram atau masuk melalui undertable.dan untuk memastikan pusat urut ini hidup Sifu Tuah terpaksa mengeluarkan 52Ribu Setiap bulan sebagai rasuah. itu untuk satu Jabatan kerajaan.

Menurut Sifu Tuah ornag ramai tak boleh marahkan beliau kerana merasuah sebab dalam kalangan buisness man cina Rasuaha dalah satu perniagaan untuk hidup. jadi pada orang cina is nothing. jadi tak boleh salahkan ornag cina. sebaliknya salahkan ornag yg mengambil kesempatan dgn mengunakan kedudukan untuk memakan rasuah. merekalah yg menekan , mengugut, memaksa ahli perniagaan cina mostly di bukit bintang untuk beri rasuah. akan tetapi rasuah hanya boleh di beri kalau perniagaannya membawa banyak keuntungan.

Apabila tiada keuntungan dengan ekonimi sekarang yg teruk Sifu Tuah terpaksa menutup pusat urutanya , apabila dia menutup pusat urutanya dia telah menjimatkan hampir 100 Ribu sebulan yg terpaksa di berikan kepada beberapa jabatan kerajaan yg berkenaan.pada hemat beliau kesusahan beliau telah habis setelah beberapa lama di tekan, di ambil rezeki beliau, di paksa membayar ,nak harapkan ke untungan besar rupa - rupanya beliau hanya dapat sekelumit , sahaja.

Apabila Sifu Tuah beliau menutup pusat urutan beliau , beliau di marahi oleh beberapa pegawai kerajaan yg berkenaan. yg selama ini telah banyak MENTEKEDARAH RASUAH . Sifu Tuah telah menunjukan satu rangkap sms dari seorang pegawai kerajaan yg di hantar ke Hp beliau yang berbunyi ....

" U sudah tutup you punya massage . hari ini sudah cari pasal dengan saya . Selama ini saya anggap you kawan baik tapi U sudah tunjuk the real colour . Saya jaga baik you punya tempat macam ini balasan U dengan saya . Adakah saya suruh U tutup massage centre , Sekarang U ada kabel besar so U mahu tunjuk lah dengan saya. Its ok God will show to soon what U do is Wrong . tq "'


Maksud pegawai kerajaan tersebut " Kabel besar " ialah merujukan tentang persahabatan Sifu Tuah dnegan adik salah seorang pegawai tertinggi kerajaan. yang baru sahaja di lantik ke satu jawatan tertinggi dalam satu jabatan kerajaan . jadi itulah yg di maksudkan Kabel besar.

Akhirnya kerana tidak tahan di tuduh macam macam Sifu Tuah telah membalas Sms pegawai tinggi kerajaan itu dengan sms yang berbunyi .

" Usaha membenteras maksiat adalah sia2 dan wayang sahaja terutama di kawasan bukit bintang . sudah di ketahui umum kedai2 urut rata2 di perlindungi oleh ....... . Ini antara sebab kenapa bukit bintang di banjiri oleh "tukang urut " terutama pada lewart malam , Operasi polis sudah menjadi adat atau kaedah salam perkenalan sahaja , Operasi polis cuma tangkap dan lepas sahaja . kerana ....... juga dapat wang kautim, Itu sebab kenapa operasi polis tiada impact atau kebersanan " 


 Pegawai kerajaan tersebut terus diam membisu tak berani menjawab atau membalas. cuba kita bayangkan seorang taukeh pusat urut seperti Sifu Tuah berani menghantar sms seperti ini kepada pegawai kerajaan satu jabatan. kenapa dia berani. banyak jawapan yg bermain di kepala. tetapi jawapan yg nyata ialah mungkin telah makan terlampau banyak. . ia sama seperti sebuah botol yg di sumbat barang sehingga penuh tetapi masih di tekan lama lama ia akan meletop juga .

Menurut Sifu Tuah. bukan mudah untuk bangsa cina hidup di negara ini yg mostly pegawai kerajaannya adalah BANGSA MELAYU. bukan beerti mereka untuk rm 100 ribu. mereka akan dapat Rm 100 ribu. silap haribulan mereka hanya dapat Rm 20 ribu  manakala Rm 80 Ribu lagi terpaksa disalurkan ke saluran saluran tertentu. menurut Sifu Tuah lagi beliau sanggup di rakam percakapan beliau malah menunjukan wajah beliau jika jamil mahu. , beliau tidak takut. kerana sudah tidak tahan lagi.


Sekarang abru saya paham dan tahu kenapa orang cina terpaksa membayar rasuah dalam peprniagaan. ini kerana seperti apa yg saya cakap pada orang cina Rasuah adalah satu perniagaan , dan dalam kalangan orang cina ia tidak menjadi kesalahan. yg bersalah adalah MELAYU MELAYU BANGSAT BARUA yg mentekedarah rasuah untuk beri makan anak bini. . merekalah yg di tugaskan menjaga undang undang dna negara sebaliknya merekalah penjenayah terhormat sebenarnya.

MENYALAH SEPERTI ANJING UNTUK MENUNJUKAN YG DIRI MEREKA BUKAN ANJING....