Reformis Tulin

Reformis Tulin

Friday, October 11, 2013

Apa lagi Najis Bahalol mau?



 
Berita Rosmah Mansor meraung sambil hentak-hentak kaki kerana tak dapat bergambar dengan Michelle Obama adalah tidak benar. Berita tentang seorang pereka fesyen Malaysia ‘melesapkan diri' kerana tak sanggup membuat baju berenda-renda adalah berita benar. Berita Rosmah mahu dilihat cun ketika menyambut Presiden Barack Hussein Obama adalah berita benar. Tapi semua ini hanya berita gosip. Kehidupan ummah akan menjadi lebih afdal jika tidak mengetahui berita-berita gosip ini.

Yang ditulis ini bukan berita gosip. Tetiba semuanya berubah. Barack Hussein Obama yang menjadi budak suruhan kaum pemodal multinasional membatalkan lawatan ke Kuala Lumpur. Kenapa lawatan ini dibatal adalah satu kesah yang lain. Apa yang penting untuk warga Malaysia ketahui ialah apa lagi Obama mau?

Biar saya terangkan fakta sebenarnya di sini. Antara Najib dan Obama, yang lebih gian hendak bertemu ialah Najib. Najib Razak lebih memerlukan Obama. Obama tak ambil pot sama ada Air Force One mendarat di Kuala Lumpur atau di Kuala Kerai. Saya yakin, apa yang pembaca ingin tahu ialah apa di sebalik rancangan lawatan yang telah gagal ini.

Justeru untuk pemahaman awal - adalah salah untuk bertanya apa lagi Obama mau. Soalan yang tepat - persoalan hakiki untuk kurun ini ialah apa Najib nau dari Obama?.

Orang ramai telah difahamkan para pelobi Malaysia di Washington DC telah mengeluarkan berkepok-kepok dana melobi Rumah Putih agar Obama singgah ke KL. Datuk Seri Raba Raba Bontot telah lama merancang untuk membawa Presiden Amerika ke Malaysia. Datuk ini telah berpeluh-peluh memakai tanjak dan kain sampin ketika bertemu dengan Obama dengan harapan Obama tidak akan melupakan mukanya.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Saya tidak bertujuan menabur fitnah. Apa yang saya tulis ini adalah fakta. Semua ini adalah fakta yang berasaskan data sejarah.

Para pembaca jangan lupa bagaimana anak Iskandar Kutty pada sidang akhbar 17 Jun 2005 dahulu telah mengakui bagaimana Malaysia telah membayar Jack Abramoff 1.5 juta dolar Amerika. Jack Abramoff ini seorang pelobi profesional di Washington DC. Si Jack ini telah dibayar 4juta ringgit Malaysia agar Mahathir Muhamad dapat bergambar dengan George Bush pada tahun 2002.

Atas kejayaan pelobi Abramoff, anak Iskandar Kutty telah berbasa basi dengan George W Bush selama 15 minit. Yang menjadi lawak ialah si George ini bukan cerdik sangat. George Bush tidak pun tahu siapa sebenarnya yang duduk di sebelahnya. Ini kerana dalam satu hari ada berbelas-belas presiden, perdana menteri, pemimpin dunia - yang hitam dan yang legam telah datang ke Rumah Putih. Semua datang untuk menyembah salam. Justeru Mahathir Muhamad perdana menteri Malaysia atau Jeo Muhamad peninju dari New York, untuk George Bush semuanya adalah sama.

Sesudah 15 minit berbasa basi lalu gambar diambil. Inilah gambar termahal, lebih mahal dari potret Mona Lisa - 4 juta ringgit untuk bergambar dengan George Bush. Waspada! Gambar inilah yang diburu oleh anak Iskandar Kutty. Gambar inilah yang dimimpi-mimpikan oleh Najib dan Rosmah?Kenapa bergambar dengan presiden Amerika ini menjadi begitu penting?

Mari kita kembali membuka sejarah. Anwar telah ditendang dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Gerakan Reformasi dan demonstrasi jalan raya mengampuh sebaik saja Anwar ditahan. Politik Malaysia mula berubah. Demonstrasi berterusan menuntut Mahathir Muhamad berundur. Dengan sekelip mata - Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan kucing kurap.

Apa yang berlaku di Kuala Lumpur di zaman itu dilihat rapi oleh empayar Amerika. Mahathir yang menendang Anwar dilihat oleh kuasa dunia ini sebagai orang jahat. Kongres Amerika telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan Mahathir Muhamad. Kawan-kawan Anwar di Washington DC - termasuk Paul Wolfowitz - telah berjaya meminggirkan anak Iskandar Kutty di medan politik dunia.

Ketika inilah Mahathir Muhamad mula sesak nafas. Maka tidak dapat tidak imej buruk ini wajib dibetulkan. Mahathir Muhamad walau pun beretorik anti-Amerika tetapi dia sedar jika Amerika tidak memberikan sokongan maka parti United Malays National Organisation dan dirinya sendiri akan masuk ke dalam tong sampah sejarah. Justeru, bergambar dengan George Bush adalah jalan terbaik. Inilah yang berlaku. Berlabon kosong walau pun 15 minit pasti akan menaikkan ekor Mahathir yang semakin kuncup.

Najib Razak juga dalam situasi yang sama. Malah kes Najib ini lebih berat lagi berbanding dengan kes Mahathir. Pemimpin-pemimpian politik sedunia tahu akan kes bunuh Altantuya yang mana Najib sering dikaitkan sama. Malah berita Najib Razak akan disepina oleh Hakim Mahkamah Paris telah menjadi berita dunia. Hanya menunggu masa bila sepina ini akan dihantarkan kepada Najib. Ini bukan fitnah. Ini fakta.

Najib kini sesak nafas. Najib sesak nafas kerana sokongan dalam parti United Malays National Organisation kepada dirinya semakin kureng. Ahli-ahli parti United Malays National Organisation telah jelak melihat Najib dan Rosmah memusnahkan sokongan rakyat. Suara-suara lantang menentang Najib semakin selalu didengar. Malah ada ahli-ahli parti United Malays National Organisation telah mula berani mengutuk Najib - presiden parti - secara terbuka.

Gulungan ektrimis kanan seperti Perkasa dengan senang hati telah telah membocorkan pandangan Mahathir terhadap Najib. Anak Iskandar Kutty ini secara senyap-senyap dan secara terang-terang telah mempertikaikan banyak dasar Najib Razak. Malah Najib telah dijadikan bahan lawak oleh Mahathir Muhamad. Jelas, tekanan terhadap pentabiran Najib datang dari pelbagai sudut. Datang bertalu-talu.

Dengan latar belakang ini maka lawatan Barack Hussein Obama ke KL menjadi penting sekali. Lihat bagaimana cikainya parti United Malays National Organisation. Sebuah parti politik yang berfalsafahkan Ketuanan Melayu tetiba sanggup menangguhkan mesyuarat mereka kerana hendak menyambut Obama. Jelas Najib Razak sedang sesak nafas sanggup menghina parti dan dirinya sendiri.

Tidak terlintaskah dalam akal Najib yang pendek itu - apakah Obama akan membatalkan jamuan ‘makan malam hari jadi Michelle' di Washinton DC ketika Najib melawat Washington. Jika mengikut logik parti United Malays National Organisation, Rumah Putih akan tutup kedai kerana tiap minggu ada sahaja PM, presiden atau ketua negara yang datang melawat Washington DC. Inilah contoh dan sifat ‘anjing berlari - running dogs' pemimpin dari negara Dunia Ketiga.

Najib telah lama merancang dan berangan-angan. Rosmah juga telah berjoging. Najib berkhayal dengan hadirnya Obama di KL maka sahamnya akan melonjak naik di dewan PWTC. Di Perhimpunan Agung nanti Najib berharap akan mendapat tepukan gemuruh sesudah ahli-ahli parti melihat Najib dan Rosmah bergambar dengan Obama.

Sebenarnya apa yang sedang dirancang dan dilakukan oleh Najib ini telah pernah dilakukan oleh Harun Idris pada tahun 1975. Harun Idris - yang digelar Hero Melayu 13 Mei - telah merancang untuk membawa Muhamad Ali Clay bertumbuk dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tarikh yang dipilih untuk bertumbuk ialah pada minggu di mana United Malays National Organisation sedang bersidang di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Idris yang juga menteri besar Selangor memiliki nafsu besar untuk menjadi perdana menteri justeru dia wajib memenangi kerusi naib presiden parti. Maka ketika ahli-ahli parti sedang bersidang, Harun Idris telah masuk ke dewan persidangan dengan Muhamad Ali Clay. Semua dilakukan dengan harapan saham akan melonjak naik.

Kempen Harun Idris itu gagal meleset. Malah akhirnya MB Selangor ini telah ditangkap oleh Hussein Onn kerana terlibat dalam satu kes penipuan duit bank. Kalau Harun Idris berakhir dalam Penjara Pudu - besar kemungkinan Najib Razak juga akan berakhir di La Sante Prison a Paris!

Bagaimana Najib mengotek-otek Obama hingga makan umpan? Jawabnya cukup senang. Selain dari Datuk Seri Raba Rab Bontot melobi di Washington DC - Najib yang secara terbuka telah bersetuju untuk membuka Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa. Najib bersedia untuk menandatangani TPPA. Memang betul hari ini Najib berkata Malaysia tidak akan menanda tangani perjanjian ini. Ini cakap Najib yang tidak ada siapa pun percaya.

Betulkah fakta ini? Ini menjadi fakta apabila kita fahami ucapan Najib di hadapan ahli-ahli Council For Foreign Relations. Najib bersedia untuk ‘mengangkang' ops... untuk membuka pasaran Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa. Hanya Utusan yang melaporkan tentang ucapan Najib di PBB sebagai mantera Najib untuk dunia. Hakiktnya CFR tidak ambil tentang Najib. Kehadiran Najib itu ialah untuk dinilaikan apakah ini layak disokong atau patut dihumbankan.

Najib juga sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak mendapat sokongan rakyat. Undi popular terbukti ada dalam tangan Pakatan Rakyat. Dengan undi awal, undi tipu, undi hantu dan penipuan sistem pilihan raya - kerajaan United Malays National Organisation hanya berjaya mendapat 47 peratus undi popular. Justeru Najib Razak sedar tanpa penipuan dia telah pasti akan didakwa dalam kes Altantuya.

Kes ini jugalah yang sedang digunakan oleh Amerika untuk memeras ugut Najib. Najib akan sedia tunduk kepada kepentingan Amerika. Najib ingin menjadi budak suruhan Amerika yang setia bukan macam anak Iskandar Kutty yang agak degil. Justeru Apa lagi Najib mahu dari Obama? Najib sedang minta nyawa.
 
Oleh   "    Hishamuddin Rais

No comments:

Post a Comment