Reformis Tulin

Reformis Tulin

Monday, June 10, 2013

Penjenayah Yang Ditembak Dibiarkan... Patutkah ini berlaku?????

Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas jalan . Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan.dan dengar kata hanya mengunakan pisau. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan.
Penjenayah yang ditembak diambil dari sebuah blog.

Ada beberapa versi video mengenai kejadian itu. Aku percaya ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan video berkenaan menerusi handphone. Lelaki itu akhirnya telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.

Apa yang menjadi persoalan ialah, berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupar kesakitan tanpa ada bantuan segera. Memang menjadi prinsip polis tidak akan membantu penjenayah yang diburunya. Polis juga tidak berani mendekati kerana bimbang penjenayah memiliki senjata merbahaya yang boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.

Tetapi prinsip itu sebenarnya tertolak kalau dilihat kepada penjenayah berkenaan. Dia sudah tidak bermaya dan kalau pun dia memiliki senjata merbahaya dia sudah tidak berdaya untuk melakukan tindak balas.

Secara mudah saya fikir, dalam kes seperti dipapar dalam video berkenaan, pihak polis seperti hilang peri kemanusiaan kerana membiarkan mangsanya bergelumpur kesakitan. Dari konteks kemanusian si penjenayah itu perlu dibantu walaupun siapa dia dan apa yang beliau lakukan. Sekiranya penjenayah itu dibantu saya yakin dia boleh diselamatkan. Bantuan paling mudah ialah menekapkan lukanya dari mengeluarkan darah.

Aneh juga ramai orang mengerumuni dan melihat penjenayah itu menggelupur seperti ayam disembelih tanpa berbuat apa-apa. Apakah tidak ada di antara yang ramai itu terliur untuk memberi bantuan? Yang simpati kepada penjenayah itu? Apakah semua mereka sudah hilang rasa kemanusiaan kerana dia dikatakan melakukan rompakan menyebabkan kemarahan dan kebencian mengatasi segala emosi lain.

Dalam hal ini saya melihat ada dua perkara yang berbeza. Penjenayah itu memang salah dan berhak menerima kesakitan dengan tembakan itu. Dan polis juga patut tidak membantu kerana itu peraturan atau amalannya. Tetapi apabila penjenayah sudah tidak berdaya, rebah atau jatuh, meminta tolong . cuba lihat dalam video video di Youtube. lihat adengan kejar mengejar polis polis USA atau BRITAIN. waaemah penjenayah itu mempunyai senjata pistol andai kata berlaku kecederaan baik kemalangan atau di tembak. polis akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa penjenayah tersebut

Soal dia bersalah kerana merompak, hukumannya akan ditentukan oleh mahkamah. Polis hanya bertindak untuk mencegah dan menangkapnya. Bukan urusan polis untuk menghukum penjenayah sampai mati. Tugasnya hanya menangkap saja. Dalam keadaan ini saya tertanya-tanya dimanakah kedudukan atau pertimbangan orang ramai dan juga anggota polis , sebab itu apabila ada mulut mulut yg mengatakan polis lebih teruk dari binatang ada kebenaranya.


Apakah kerana penjenayah itu kebetulan orang Melayu dan kedai emas itu pula milik Cina maka ia dibiarkan begitu sahaja. Agaknya bagaimana kalau penjenayah itu bukan orang Melayu semisalnya orang Cina? Saya rasa sudah ada mana-mana pihak akan mempersoalkan apa yang berlaku. Setidak-tidaknya akan bertanya menerusi kenyataan umum kenapa penjenayah itu dibiarkan kesakitan tanpa diberikan bantuan?

Saya yakin kalau penjenayah itu orang bukan Melayu rakaman video berkenaan sudah menjadi isu hangat dalam media massa. Sudah ada mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan milik Cina akan bersuara atau setidak-tidaknya membantah kejadian itu.Ini kerana bangsa cina menjaga bangsanya sehingga mati.tetapu MELAYU adalahs atu suku bangs ayg lebih rela tengok bangsanya mampos.dari membantu.

No comments:

Post a Comment