P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung
Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang
Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan
minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di
Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu
pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah
tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari
lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan
pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau
Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam
beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan
oleh P.Ramlee.
P.Ramlee semasa muda
Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di
Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang
hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah
filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti
akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April
1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan
sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam
ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
solat jenazah P.Ramlee
Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah
Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee
Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment