Reformis Tulin

Reformis Tulin

Friday, August 9, 2013

Chua Tian Chang @ Tien Chua


 9 Ogos, 2013

Mimi dan Oliver, dua nama yang menjadi kesayangan kepada sosok yang tingginya enam kaki dikenali sebagai Tian Chua.Nama sebenarnya, Chua Tian Chang. Dan Mimi dan Oliver pula merupakan dua ekor kucing berusia 10 tahun.Tian Chua juga mengaku membela ikan dan empat ekor kura-kura dalam kediamannya."Saya memelihara Mimi ketika ia baru saja berusia berapa bulan. Ibunya meninggal dan saya menyelamatkan Mimi dari ribut yang berlaku di Melaka sementara Oliver diberi pada saya," Tian Chua memberitahu  The Malaysian Insider dalam nada yang bergetar.Agak hairan bagaimana lelaki seperti Tian Chua ini masih lagi membujang sehingga kini."Saya pernah berdua sebelum ini. Juga pernah dikecewakan,"katanya tersenyum.


"Tetapi iya, saya masih bersendirian. Saya kini melepasi tahap dalam hidup yang sepatutnya saya berkahwin, membayar ansuran rumah dan mempunyai anak," cerita Tian Chua.Realitinya Tian Chua kini berdepan dengan dua kes makhamah  tertunda iaitu pencerobohan di Lahad Datu dan Perhimpunan Black 505 dan satu lagi tuduhan kerana menggangu tugas polis serta menyertai perhimpunan haram.
Sekiranya beliau didapati bersalah , maka kemungkinan berdepan dengan pengguguran jawatannya sebagai ahli parlimen Batu jika didenda lebih dari RM2,000."Ia tidak merisaukan saya, "katanya tegas.
"Saya tidak kisah mengambil risiko kehilangan jawatan saya kerana melakukan apa yang saya fikir betul."
Pastinya siapa pun akan mengingati tindakan berani lelaki ini  yang tetap tidak berganjak duduk atas jalan walaupun disembur dengan meriam air sebagai tanda protes beliau dalam gerakan reformasi menyokong penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim . Detik itu dirakam dan tersebar di media pada 1999.
Wajahnya pula seperti tidak dimamah usia. Mungkin beberapa helai uban yang kelihatan di jambangnya dan garis kedut di bahagian matanya disorok disebalik bingkai hitam kaca matanya.


Tian Chua terpaksa berdepan serangan demi serangan dari polis. Beliau ditangkap malah ditahan dibawah Akta Keselamatan Negara pada 2001 selama dua tahun."Saya masih ingat reaksi bapa saya ketika dia mengetahui penahanan saya. Katanya ketika saya tiada, dia mengalami masalah untuk mencari saya. Tapi dengan penangkapan saya, maka lebih senang untuk dia mengesan saya,"katanya sambil tertawa.
Bagaimana pun beliau menganggap penahanannya sewaktu itu tidak teruk. "Saya bernasib baik tidak seperti yang lain saya tidak diseksa mahupun didera dan saya menghabiskan masa saya selama dua tahun dengan melukis dan membaca,"katanya.Biarpun dari keturunan Hakka , namun beliau mengakui tidak boleh bercakap dengan dialek tersebut.Namun beliau amat menggemari makanan Hakka dan yang paling terkenal ‘Lei Cha farn’ atau beras teh hancur.


Bapanya merupakan pemborong nasi manakala mendiang emaknya merupakan seorang guru sekolah.
Tian Chua merupakan anak yang paling sulung dalam empat adik beradik. Beliau mempunyai seorang adik yang emiliki syarikat IT,  adik perempuannya pula menjadi pengarah filem bebas dan dua lagi adik perempuan bekerja di New York.Tian kini merupakan Ahli Parlimen bagi dua penggal dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Tian Chua tidak pernah terfikir bahawa akan menjadi seorang ahli politik.
"Saya sentiasa sukakan politik tetapi tidak pernah terfikir bahawa akan menjadi Alli Parlimen. Ketika kanak-kanak saya selalu ingat saya akan menjadi saintis seperti Edison,"katanya sambil tersenyum.
Tian Chua menerima pendidikan di Sekolah Rendah Siang Lin dan Sekolah Tinggi Katolik Melaka, dimana ketika itu beliau dilantik sebagai ketua pengawas.Selepas tamat tingkatan enam di Sekolah Tinggi Gajah Berang, beliau menyambung pelajaran dalam bidang Sains Pertanian di Sdyney, Australia.
Tetapi dalam tahun ketiga, Tian Chua menukar pengajiannya dalam Falsafah di New South Universiti dan bermulalah hidupnya sebagai aktivis. Protes pertama beliau ialah membantah kenaikan harga yuran yang dikenakan terhadap pelajar asing.


Pada saat itu, Tian Chua tidak menoleh belakang. Beliau kembali ke Malaysia pada 1995 dan menyertai Suaram sebagai sukarelawan memperjuangkan hak asasi manusia.Beliau memberitahu ketika menyertai Parti Keadilan Rakyat, dia tidak pernah berjumpa secara peribadi dengan pemimpin parti tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ketika itu saya amat simpati dengan situasi dia (Anwar) apabila ideologi dan tindakannya bagi mengatasi krisis ekonomi 1997 memaksa dia meletakkan jawatannya ekoran keadaan negara ketika itu dan menjadi tanggungjawabnya atas kegagalannya itu, "kata Tian Chua."Saya amat marah dengan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu yang hanya tahu menyalahkah orang dan sentiasa menuduh semua orang berkonspirasi menentang beliau."Dan ketika wawancara dilakukan, beliau tetap mempunyai masa melayan penduduk yang datang berjumpa beliau di pejabat kecilnya di tingkat satu di bangunan rumah kedai.Manakala di luar pejabatnya, terdapat dua meja panjang dan beberapa kerusi plastik dan dalam pejabatnya terdapat sebuah meja, dan tiga kerusi dan sebuah kabinet. "Saya tidak pernah percaya menjadikan seseorang itu role model atau perlu berpandu pada moto dalam hidup. Tapi saya percaya pengalaman yang saya lalui dalam hidup saya membentuk saya sekarang,"katanya. 


No comments:

Post a Comment