Reformis Tulin

Reformis Tulin

Sunday, May 26, 2013

Penjelasan Azmin Ali



 

 Yb Azmin Ali Press Conf Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, beliau akan kekal bersama parti dan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sebagai wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk tempoh lima tahun lagi.

Katanya, semua pihak boleh terus bermimpi, tetapi beliau tidak sesekali mempunyai hasrat meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam parti yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihatnya itu.

Sementara itu, beliau juga menafikan spekulasi bahawa beliau mengintai kerusi menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menyifatkan "fitnah" itu sebagai menghina integritinya, Azmin juga menyalahkan Umno dan BN yang didakwa memulakan khabar angin itu.

"Mereka telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi menteri besar Selangor dan saya akan menyertai Umno sekiranya saya tidak mendapat jawatan tersebut.

"Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya. Cita-cita kepada jawatan politik bukanlah satu jenayah," katanya lagi.






 





No comments:

Post a Comment