Reformis Tulin

Reformis Tulin

Tuesday, June 4, 2013

Jgn Lantik Org Politik Tapi lantik orang Politik PENINGGGGGGG


Dato Seri Anwar Ibrahim kata orang politik tidak boleh berada dalam jawatan kerajaan selangor. termasuk dalam GLC GLC kerajaan selangor. maknanya kita menyokong parti hanya untuk menghabiskan wang simpanan kita yg mana kita tidak akan mendapat apa apa balik. mampos ke tidak ke kita punya pasal.

Tapi yang Dato Seri Anwar Ibrahim II masukan Saifuddin Nasution ke dalam kerajaan selangor tu bukan orang politik ke. aku bukan anti saifuddin nasution atau dengki dekat dia tetapi pada aku kalau nak letak seorang pimpinan politik di jawatan itu saifuddin Nasution bukanlah ornag yg layak , sebab jamil kata dia tak layak kerana sebagai seorang Reformis Jamil mengenali beliau sejak DSAI Di pecat .

Beliau   bukanlah seorang yang boleh diharap membantu memperkukuh PKR dan Pakatan di Selangor lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri kalah dalam PRU lepas.Beliau  bukan sahaja menyebabkan PKR kehilangan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, namun kerusi yang ditinggalkannya di Kelantan iaitu Parlimen Machang juga dirampas kembali oleh Umno-BN .

Meskipun menang di Machang dalam PRU tahun 2008, namun nampaknya beliau tetap gagal membina tapak politik di Kelantan.Keadaan hampir serupa apabila Beliau  dilihat lari meninggalkan kerusi DUN Lunas meski pernah memenanginya dalam pilihan raya kecil tahun 2000.

Dan yang paling penting kebanyakan orang tidak tahu  beliau juga pernah meninggalkan PKR selepas kalah dalam PRU ke-11 di Parlimen Padang Serai. Tanpa rasa bersalah beliau menyertai PAS di cawangan Kampung Sakan dan kawasan Pokok Sena, Kedah

Ramai yang percaya, keputusan berkenaan menjadikan beliau telah mendapat imbuhan politik dengan dilantik sebagai pengarah urusan sebuah NGO di Kelantan yang dikenali sebagai Yayasan Tok Kenali.

Jalan politiknya yang suka berpindah-pindah dan tidak mempunyai tapak politik yang tetap menyebabkan ahli dan pimpinan Pakatan di Selangor terpinga-pinga dengan cadangan pelantikan Saifuddin sebagai "perantara politik".

Lebih tidak menyenangkan apabila cadangan mengenainya dibuat dalam masa Dato seri Anwar Sendiri  mengenepikan mentah-mentah pandangan PKR Selangor yang merayu agar diletakkan pimpinan peringkat negeri untuk jawatan di GLC.so kata tak mahu ada orang politik dalam kerajaan selangor. kita kerja bagai nak gila, kena maki hamun bagai nak rak. kena hinda. kena buang kerja. tapi habuan langsung tak dapat.

Cakap tak serupa bikin.

Jamil Bin ismail
Jamilkucing

No comments:

Post a Comment