Reformis Tulin

Reformis Tulin

Friday, August 2, 2013

Melayu adalah BANGSA yang paling pandai Jaga dan Ajar Anak

Bila budak sekolah dibenarkan bawa handphone...


Sebelum ini pun ada beberapa sekolah dalam diam-diam sudah membenarkan pelajar mereka membawa handphone ke sekolah, tiada masalah, terutamanya sekolah-sekolah berasrama. Kadang-kadang Cikgu pun buat tak nampak atau tutup sebelah mata sahaja. Namun demikian, ramai juga pelajar-pelajar yang sudah kena rampas handphone mereka.  Ada yang bukan sebuah sahaja handphone kena rampas Cikgu, tapi dua atau tiga pun ada.  Ini bergantung kepada cara mana Pengetua sekolah mengendalikannya masing-masing. Paling tak seronok Cikgu tengok ialah bila handphone budak-budak  lebih canggih daripada handphone cikgu-cikgu sendiri.
Apa dasar sekalipun tentu ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita sendiri untuk mengawal dan menyelaras bagi memastikan hanya yang terbaik dapat dilaksanakan untuk manfaat semua pihak.  Pelajar senang, parent senang dan cikgu senang lenang.  Pemansuhan larangan penggunaan handphone oleh pelajar di sekolah tetap disokong walaupun masih kedapatan ibu bapa yang mempertahankan tidak mahu anak mereka leka dengan gajet tersebut di sekolah.
Kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tentunya sudah mengambilkira pelbagai pandangan dan aspek yang baik dan tentunya bergarispanduankan beberapa tuntutan peraturan bagi menjamin kemudahan ini tidak disalahgunakan oleh pelajar sekolah.  Sebaik-baik kebenaran bagi membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah ialah bukan bergantung kepada ciri-ciri atau jenis handphone itu sendiri, tetapi bagaimana dasar dan peraturan itu dapat dilaksanakan dengan pemantauan efektif bagi menjamin proses P&P tidak terganggu juga hasrat melahirkan insan kamil yang harmonis akan tercapai.
BUDAK SEKOLAH BANGGA RAKAM BUAH DADA SENDIRI

ALHAMDULILLAH, dengan kebenaran kepada pelajar membawa handphone ke sekolah ini juga kita akan dapat menikmati hasil-hasil seperti berikut :-
  1. Melahirkan ramai lagi pelakon porno Melayu berbaju sekolah;
  2. Cikgu pun boleh berniaga top-up (pulsa) atau berniaga handphone, charger dsb;
  3. Cikgu boleh skype atau sms je dari rumah atau Bilik Guru, tak perlu susah-susah panjat kelas;
  4. Emak bapak yang beli handphone, cikgu-cikgu yang kena jaga;
  5. Pelakon-pelakon baru di kalangan guru akan muncul live di internet dan dalam Youtube juga;
  6. Bertambahnya kegiatan gangsterism dan bully; ugut dan pau handphone dan pau kredit pulsa.

No comments:

Post a Comment